Cef Hasil Manisan Naik Berahi


Mcm2 dgn dunia skrg. Npknye ramailah org p restoran yg ada sediakan manisan yg boleh menaikkan nafsu berahi ni. Sapa t'ingin nk cuba p lah sana. Sedia apa yg perlu...hahaha.
SEKUMPULAN cef pelatih di Colombia memperkenalkan manisan terbaru daripada campuran buah markisa dan pil viagra yang dijamin dapat menaikkan nafsu berahi orang yang memakannya.
"Kami mendapat idea mengenainya empat bulan lalu selepas diberikan tugasan menghasilkan hidangan berkhasiat untuk golongan warga emas," kata seorang pelatih tersebut, Juan Sebastian Gomez di sini Khamis lalu.
Menurutnya, hidangan pencuci mulut itu telah diuji ke atas dua kumpulan sukarelawan dan kedua-duanya mengalami kesan peningkatan keinginan melakukan hubungan seks.
"Mereka 'dibakar' nafsu berahi selepas memakannya," ujar Gomez.
Tambahnya, manisan itu amat digemari oleh kaum wanita dan mereka akan memakannya secara perlahan-lahan.
"Selepas beberapa minit mereka mula tersenyum dan mengakui keberkesanannya," jelas pelatih itu.
Pencuci mulut itu dihasilkan selepas mendapat nasihat dan panduan beberapa pakar perubatan ekoran viagra merupakan ubat preskripsi doktor.
- AFP

Bercerai Pada Umur 98 Tahun

Apa nk jd..ptt dah tua2 ni, hubungan makin erat. Yelah ms tu kita plg2 memerlukan antara satu sama lain. 36 thn bsama tp akhirnya bcerai. Pelik btl manusia ni. Mc2 hal.
CORNWALL - Seorang lelaki di Britain, Bertie Wood dan isterinya, Jessie Wood merupakan pasangan tertua bercerai di dunia pada usia 98 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan tersebut menandatangani satu perjanjian untuk menamatkan perkahwinan mereka yang dimeterai 36 tahun lalu.
Beberapa bulan selepas mereka bercerai, Bertie meninggal dunia sebelum menyambut hari jadinya yang ke-99 manakala menurut beberapa orang jiran, Jessie kini tinggal di sebuah rumah orang tua di sini.
Pasangan berkenaan berkahwin pada 1972 dan berpindah ke England empat tahun kemudian sebelum berpisah pada 2008.
"Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini, ia amat menyedihkan kami," kata seorang anak perempuan Jessie, Pauline Rowe, 65, kelmarin.
Seorang pakar perceraian, Francine Kaye turut melahirkan perasaan sedih dan kesal apabila mengulas berhubung perpisahan dua warga emas itu.
"Pada usia senja itu, mereka sepatutnya saling memahami di antara satu sama lain," katanya. - Agensi

Wanita ketagih Miliki Ramai Anak


LOS ANGELES - Ibu bayi kembar lapan di Amerika Syarikat (AS), Nadya Suleman ketagih untuk memiliki lebih ramai anak walaupun terpaksa mengupah beberapa pengasuh bagi menjaga lapan anaknya, lapor sebuah akhbar semalam.
"Sesetengah orang ketagihan dadah. Saya pula ketagih memiliki anak," kata wanita berusia 34 tahun itu yang mengimpikan sebuah keluarga besar setelah menjadi anak tunggal kepada pasangan suami isteri, Ed dan Angela Suleman.
Setiap kali tiba waktu makan, suasana kediamannya di sini bingit dengan tangisan bayi manakala empat orang pengasuh bergegas membantu memberi susu kepada kelapan-lapan bayinya kerana Nadya tidak mampu melakukan tugas tersebut berseorangan.
"Setakat ini mereka sihat dan tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan," katanya.
Nadya mencuri perhatian masyarakat dan media AS apabila menjadi ibu bayi kembar lapan kedua di dunia pada Januari lalu selepas 11 tahun kelahiran kembar lapan Chukwu di Houston, Texas.
Namun, perasaan kagum orang ramai bertukar benci apabila media mendedahkan bahawa Nadya menganggur serta memiliki enam orang anak berusia bawah 8 tahun namun dia secara sengaja melahirkan kembar lapan itu menerusi rawatan persemanian luar rahim (IVF).
Wanita itu yang masih bujang, menyara 14 orang anaknya menerusi bantuan kebajikan kerajaan California yang berjumlah AS$4,153 (RM14,133) sebulan selain tajaan pihak swasta. - Agensi
 p/s: Mmg best kalau dpt anak kembar yg sihat2. Tp kenalah ada rezeki byk sikit. Kalau asyik nk kena tanggung org lain, jenuhlah. Mcm2 hal.

Ibu Buang Bayi Kepala Dua Tepi Longkang


HANZHUANG – Seorang bayi lelaki berkepala dua kini dijaga oleh sekumpulan pekerja perubatan setelah ibunya meninggalkan bayi malang tersebut di tepi sebuah longkang di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang doktor yang bertugas di sebuah hospital di Hanzhuang berkata, hanya satu daripada kepala bayi tersebut sempurna manakala kepala kedua lebih kecil serta kurang sempurna tetapi mempunyai dua mata, hidung, mulut dan telinga.
“Ketika bayi itu diambil petugas kesihatan, kami tidak menyedari dia berkepala dua dan kami menyangka ada sampah di kepalanya. Kami hanya menyedari kecacatan itu setelah berada di hospital,” kata pegawai perubatan itu. – Agensi
Kasihan btl bayi ni...sampai hati sorg ibu mbuang bayi yg tanpa dosa ni. Kalau tk sempurna pun jgnlah buang mcm buang sampah. Tk elok. Cuba bayangkan diri sdiri di buang mcm tu. Apa pula perasaan anda? Rs mcm sampah tk?

Tuhan dah bagi anugerah yg tak t'hingga nilai kpd manusia. Tp apa balasannye. Buang mcm tu je. Bayangkan kalau Tuhan tk bg. Pasti kita merintih bdoa memohon anugerahnya itu. Itulah manusia, tk pernah nk bsyukur. Dahlah...mls nk komen byk. Payah jugakan...hehehe.
Blog Widget by LinkWithin